Pages

Saturday 10 December 2011

Azam Baru,Tapi Diri Tetap Tidak Baru...


Hari baru.Bulan baru.Tahun baru.Dunia baru =)

Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas pada hari ini.Semuanya kerana rahmat dan kasih Tuhan Yang Maha Penyayang.Terima kasih Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku hari ini =).Sedar atau tidak, kita sudah hampir ke pertengahan Muharam bagi tahun baru 1433H ini.Maknanya, sudah hampir separuh bulan telah kita lalui setelah masuknya tahun baru Hijrah.

Akan tetapi masih ada satu kerisauan menghinggap di hati saya apabila mulanya tahun baru ini.Iaitu saya masih memikirkan mengapa saya BEGITU SUKAR UNTUK BERUBAH menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Dan semestinya ia berlaku setiap tahun.Baik dalam hidup saya mahupun sesiapa saja =).Saya ingin berubah.Tidak mahu lagi menjadi manusia yang tiada pembaharuan positif dalam hidupnya. Saya mahukan ada antara sisi dalam hidup saya ini dapat saya ubah menjadi lebih baik.Tidak lagi di takuk lama.Akan tetapi, seolah-olah misi itu masih belum tercapai walaupun sudah hampir separuh bulan Muharam telah berlalu.

Kenapa perlu risau?Bukankah masih awal lagi.Baru separuh bulan. Kita ada lagi tahun baru Masihi a.k.a 2012.Ya, itu benar.Memang masih panjang waktu itu.Tapi persoalannya, adakah kita MASIH PUNYA KESEMPATAN ATAU TIDAK untuk sampai ke ‘waktu’ yang dikatakan itu?Dan sekiranya kita punya waktu sekalipun, perkara lain yang saya dapat  fikirkan adalah apakah saya benar-benar MAMPU ATAU KUAT UNTUK MEREALISASIKAN azam atau niat saya itu apabila sudah berkali-kali bertangguh? Melihat kepada kelemahan yang setiap manusia miliki,saya tidak dapat menjaminnya.Boleh jadi saya mampu dan boleh jadi juga azam itu hanya tinggal pada nama.Tanpa apa-apa pencapaian yang dibuat.Kemudian, dibawa pula azam itu ke tahun yang seterusnya.Sekiranya ini yang terjadi, saya percaya bahawa sampai bila-bila pun tiada apa-apa pencapaian yang dapat saya buat nanti.

Sungguh,kerisauan ini sangat membebankan. Dan apabila memikirkan perkara ini,saya ingin merenung kembali peringatan yang pernah diberikan dalam suatu program dan majlis yang pernah saya hadiri baru-baru ini. Iaitu sekiranya kita mahu berubah,MULAKANLAH DENGAN PERKARA ASAS YANG KECIL.Tidak perlu telalu tinggi sampai kita sendiri tak mampu untuk mencapainya.Contohya,berazam untuk mula solat secara berjemaah, solat di awal waktu, pergi awal ke kelas, belajar berlapang dada dengan orang lain,kurangkan menonoton cerita yang tak bermanfat dan sebagainya.Dush!!Memang terkena.Saya memang terasa dengan contoh-contoh yang diberikan.Bukan tak tahu atau tak pernah buat langsung.Tahu,tapi kita jarang buat.Dan kita tak benar-benar melihat ia sebagai sesuatu yang penting.Kerana sudah menjadi rutin sehingga kita memandang remeh akan isu ini.

Kenapa perlu kisah?Benda itu memang patut buat kan?Sepatutnya,kita perlukan pembaharuan yang lagi besar.Memang betul.Tapi setiap manusia itu memang lumrahnya adalah makhluk yang bersifat pelupa.Begitu juga saya.Dan ketahuilah bahawa kita mungkin TIDAK AKAN MAMPU BERUBAH DAN ISTIQAMAH DENGAN SESUATU YANG BESAR SEDANGKAN YANG ASAS DAN KECIL ITU MASIH LAGI GAGAL KITA CAPAI.Itulah apa yang saya fikirkan.

Jadi, saya merasakan mungkin saya perlu merenung kembali bagaimana kondisi perkara asas dalam hidup ini.Itulah antara langkah yang dapat kita ambil jika mahukan perubahan.MEMPERBAIKAI YANG KECIL DEMI MENCAPAI SESUATU YANG LEBIH BESAR.Dan LAKUKANNYA DENGAN SEGERA.Usah bertangguh atau mahu tunggu masa yang sesuai untuk melakukannya.Allah telah memberi kesedaran dan kesempatan ini buat kita.Jangan sampai sudah terlewat atau ditarik kembali kesempatan itu.Semoga saya dan kita semua tidak lupa akan hal ini.Ingat!Ingat!Ingat!Y ang asas itu yang membentuk peribadi.Dan peribadi yang baik hasil dari asas yang mantap dapat menjamin keberlangsungan kejayaan yang lebih besar.Dengan rahmat dan izin-Nya.Wallahua`lam =)

13 Muharram 1433H

Wednesday 7 December 2011

Assalamualaikum....Salam dunia....

Assalamualaikum....Salam Dunia kuucapkan...

Segala puji-pujian bagi Allah,Tuhan semesta alam
& selawat salam ke atas Rasul Junjungan,pembawa rahmat seluruh alam....
& salam buat seluruh keluarga baginda serta para sahabat yang mulia....

Terima kasih Ya Allah,
terima kasih kerana telah memberikan aku keberanian dan kekuatan...
untuk aku mula mencipta satu 'sisi' baru dalam hidupku....
'sisi' yang mana aku rasakan mustahil untuk aku wujudkan sebelumnya....
dek kerana terlalu pesimis dengan diri sendiri....
dan kerana kaburnya matlamat hidup ini....

Allahu rabbi,
aku tidak tahu....
apa aku mampu untuk menggunakan 'sisi' ini dengan sebaiknya atau tidak...
untuk aku jadikan ia sebagai suatu komitmen dalam hidupku....
untuk aku jadikan ia pembangun diriku yang tidak ada apa-apa ini....
atau sebagai satu sumbangan buat ummah yang tercinta...
kerana aku makhluk lemah....
yang terlalu mudah kalah dengan nafsu sendiri...
yang sering lemah akan semangat yang pernah dibajai...

Ya Allah Ya Tuhanku,
mungkin aku tidak sehebat yang lain...
yang bisa menggunakan 'sisi' ini dengan begitu baik sekali...
ditambah pula dengan kebolehan yang kau kurniakan kepada mereka...
dalam menjadikan 'sisi' ini lebih bermakna....
tapi aku tahu dan aku harus sedar....
bahawa setiap jiwa punya kelebihan dan kekurangannya....
dan aku juga tidak terkecuali dari ciri-ciri ini....
bahawa dalam kekurangan yang aku rasakan....
pasti ada kelebihan yang kuterlepas pandang.....

Allah....Allah....
yakinkan aku untuk buat yang terbaik....
ajarkan aku kerana aku jahil....
mudahkan urusanku dalam meraih apa jua ilmu....
dan jadikanku tergolong dalam golongan penolong agama-Mu....
walaupun usahaku mungkin tidak seberapa....
baik melalui 'sisi' ini atau pun melalui wasilah selainnya...

Wahai Zat Yang Maha Mengetahui,
Engkau lebih mengetahui segalanya...
semoga wujudnya langkahku yang kecil ini...
bisa mendorong aku....
untuk lebih menjadi hamba buat-Mu...
dan untuk menjadi sebenar-benar khalifah-Mu...

Ampunkan aku Ya Tuhan....
Kerna masih banyak yang belum aku laksanakan...
ku berharap agar aku mampu...
mampu memberi yang terbaik...
buat diri mahupun ummah...
biarkn 'sisi' ini bisa menjadi pendorongku...
seiring dengan rahmat dan keizinan-Mu...

Dari diri, buat diri
12.23am (Rabu),
11 Muharram 1433H
7 Disember 2011M