Hari baru.Bulan baru.Tahun baru.Dunia baru =)
Alhamdulillah kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk
bernafas pada hari ini.Semuanya kerana rahmat dan kasih Tuhan Yang Maha
Penyayang.Terima kasih Ya Allah kerana masih memanjangkan umurku hari ini =).Sedar
atau tidak, kita sudah hampir ke pertengahan Muharam bagi tahun baru 1433H
ini.Maknanya, sudah hampir separuh bulan telah kita lalui setelah masuknya
tahun baru Hijrah.
Akan tetapi masih ada satu kerisauan menghinggap di hati
saya apabila mulanya tahun baru ini.Iaitu saya masih memikirkan mengapa saya BEGITU
SUKAR UNTUK BERUBAH menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Dan semestinya
ia berlaku setiap tahun.Baik dalam hidup saya mahupun sesiapa saja =).Saya
ingin berubah.Tidak mahu lagi menjadi manusia yang tiada pembaharuan positif
dalam hidupnya. Saya mahukan ada antara sisi dalam hidup saya ini dapat saya
ubah menjadi lebih baik.Tidak lagi di takuk lama.Akan tetapi, seolah-olah misi itu
masih belum tercapai walaupun sudah hampir separuh bulan Muharam telah berlalu.
Kenapa perlu risau?Bukankah masih awal lagi.Baru separuh
bulan. Kita ada lagi tahun baru Masihi a.k.a 2012.Ya, itu benar.Memang masih
panjang waktu itu.Tapi persoalannya, adakah kita MASIH PUNYA KESEMPATAN ATAU
TIDAK untuk sampai ke ‘waktu’ yang dikatakan itu?Dan sekiranya kita punya waktu
sekalipun, perkara lain yang saya dapat fikirkan
adalah apakah saya benar-benar MAMPU ATAU KUAT UNTUK MEREALISASIKAN azam atau
niat saya itu apabila sudah berkali-kali bertangguh? Melihat kepada kelemahan
yang setiap manusia miliki,saya tidak dapat menjaminnya.Boleh jadi saya mampu
dan boleh jadi juga azam itu hanya tinggal pada nama.Tanpa apa-apa pencapaian
yang dibuat.Kemudian, dibawa pula azam itu ke tahun yang seterusnya.Sekiranya
ini yang terjadi, saya percaya bahawa sampai bila-bila pun tiada apa-apa
pencapaian yang dapat saya buat nanti.
Sungguh,kerisauan ini sangat membebankan. Dan apabila
memikirkan perkara ini,saya ingin merenung kembali peringatan yang pernah
diberikan dalam suatu program dan majlis yang pernah saya hadiri baru-baru ini.
Iaitu sekiranya kita mahu berubah,MULAKANLAH DENGAN PERKARA ASAS YANG KECIL.Tidak
perlu telalu tinggi sampai kita sendiri tak mampu untuk mencapainya.Contohya,berazam
untuk mula solat secara berjemaah, solat di awal waktu, pergi awal ke kelas,
belajar berlapang dada dengan orang lain,kurangkan menonoton cerita yang tak
bermanfat dan sebagainya.Dush!!Memang terkena.Saya memang terasa dengan
contoh-contoh yang diberikan.Bukan tak tahu atau tak pernah buat
langsung.Tahu,tapi kita jarang buat.Dan kita tak benar-benar melihat ia sebagai
sesuatu yang penting.Kerana sudah menjadi rutin sehingga kita memandang remeh akan
isu ini.
Kenapa perlu kisah?Benda itu memang patut buat kan?Sepatutnya,kita
perlukan pembaharuan yang lagi besar.Memang betul.Tapi setiap manusia itu memang
lumrahnya adalah makhluk yang bersifat pelupa.Begitu juga saya.Dan ketahuilah
bahawa kita mungkin TIDAK AKAN MAMPU BERUBAH DAN ISTIQAMAH DENGAN SESUATU YANG
BESAR SEDANGKAN YANG ASAS DAN KECIL ITU MASIH LAGI GAGAL KITA CAPAI.Itulah apa
yang saya fikirkan.
Jadi, saya merasakan mungkin saya perlu merenung kembali
bagaimana kondisi perkara asas dalam hidup ini.Itulah antara langkah yang dapat
kita ambil jika mahukan perubahan.MEMPERBAIKAI YANG KECIL DEMI MENCAPAI SESUATU
YANG LEBIH BESAR.Dan LAKUKANNYA DENGAN SEGERA.Usah bertangguh atau mahu tunggu
masa yang sesuai untuk melakukannya.Allah telah memberi kesedaran dan
kesempatan ini buat kita.Jangan sampai sudah terlewat atau ditarik kembali
kesempatan itu.Semoga saya dan kita semua tidak lupa akan hal
ini.Ingat!Ingat!Ingat!Y ang asas itu yang membentuk peribadi.Dan peribadi yang
baik hasil dari asas yang mantap dapat menjamin keberlangsungan kejayaan yang
lebih besar.Dengan rahmat dan izin-Nya.Wallahua`lam =)
13 Muharram 1433H
13 Muharram 1433H
No comments:
Post a Comment