Pages

Friday 6 January 2012

Beramallah semahunya,demi sebuah hadiah bernama syurga...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...Salam ukhuwah...Salam dunia...=)

Alhamdulillah. Masih ada lagi hari ini buat kita kan =). Masih ada lagi masa untuk kita beramal sebelum tibanya waktu terakhir dalam hidup kita nanti. Terima kasih Ya Allah.Sungguh,Allah itu Maha Penyayang kepada hamba-hambanya.Dia tetap panjangkan lagi umur kita walaupun begitu banyak kesalahan dan dosa kita padaNya.Tapi kita selalu lupa tentang semua itu kan =(

Teringat pula tentang situasi yang selalu berlaku bila kita berada dalam sesuatu pertandingan.Anda semua mesti pernah masuk bermacam-macam jenis pertandingan kan?Tak kisahlah pertandingan apa pun.Pertandingan melukis ka,pertandingan lawan lari ka,pertandingan esei ka, tak pun pertandingan bawa belon air =).Dalam semua jenis pertandingan itu,kita mesti diberi satu tempoh untuk selesaikan apa yang kita kena buat kan?Tak pun masa siapa yang paling cepat =)

Baik,jika dibayangkan balik waktu kita masuk pertandingan itu, macam mana keadaan kita waktu itu ek?Huish,mesti kalut kan? Nak buat sehabis baik supaya nanti kita yang menang =).Kalau yang melukis tu, mesti nak lukis cantik-cantik.Kalau yang main belon air, mesti nak bawa banyak belon air sampai hujung garisan. Boleh kata macam-macam gaya kita buat atau yang kita tengok orang lain buat waktu pertandingan itu. Memang all out la,siap dengan strategi lagi. Rasa lawak pun ada bila kita bayang balik kan?=)

Kemudian,bila pengadil kata masa sudah nak tamat atau memang sudah tamat,macam mana pulak perasaan kita waktu itu?Sangat cemas yang teramat kan.Dalam kepala kita mesti terfikir,eh sempat ka ni? Alamak, banyak yang tak habis lagi, tak siap lagi. Ala, kalau lari lagi laju mesti boleh menang. Ala, kalau buat betul-betul lagi mesti boleh dapat nombor satu. Macam- macam perasaan ada kan?=)Tapi apakan daya masa pertandingan dah tamat =(

Kalau kita dapat selesaikan cabaran pertandingan itu dengan baik, semestinya kita berasa sedikit tenang berbanding jika kita tidak dapat buat dengan baik.Malahan, kalau kita berjaya menyelesaikan cabaran itu juga pasti kita tidak sabar-sabar menunggu untuk hasil usaha kita itu dinilai berbanding jika kita gagal menyelesaikan cabaran dengan baik kerana kita sudah patah semangat.Kalau boleh tak mahu dengar apa-apa keputusan pun sebab sudah tahu bahawa usaha kita tidak begitu all out untuk melayakkan kita menjadi pemenang =).Jadi,apa yang kita usahakan masa pertandingan itu, itulah yang kita dapat.Lepas tu ada la yang dapat nombor satu,nombor dua,nombor tiga.Saguhati =).Tak pun memang tak dapat hadiah langsung =(

Jadi apa sebenarnya yang saya nak cakap?Apa kaitan cerita pertandingan ni semua?Baiklah.Sebenarnya, kita semua ni tahu bahawa setiap daripada kita pasti punya pengakhiran hidup masing-masing.Waktu akhir bagi tempoh kehidupan kita di dunia ni yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta yang Maha Kuasa.Waktu itu adalah kematian. Satu waktu yang semua orang tahu tapi jarang,tak pernah,dan tak mahu sedar tentang hakikatnya.Dan ditambah pula dengan kehidupan kita sekarang  yang sudah hampir ke akhir zaman.Zaman yang sudah dekat dengan kiamat. Satu lagi waktu yang kita sering lupa,sering lalai tentangnya.

Jika dikaitkan dengan cerita pertandingan tadi, ya, sebenarnya hidup kita ini adalah satu pertandingan. Pertandingan yang matlamat akhirnya adalah untuk menuju kepada Tuhan sekalian alam.Pertandingan yang menguji siapa antara kita yang paling cepat berbuat kebaikan, yang paling banyak beramal soleh, dan yang paling yakin dan beriman.Dalam pertandingan kehidupan ini kita diberi tempoh tetap untuk kita usahakan sedaya mungkin dan sebanyak-banyaknya dalam meraih seberapa banyak ganjaran mata amal sebelum tamatnya tempoh itu.Dan sesungguhnya tempoh itu, sekarang ini sudah semakin singkat.Semakin pendek.Pendek menuju waktu kematian.Pendek kerana kiamat bakal mendatang (tiada kaitan dengan ramalan karut 2012 ek,walaupun sekarang baru masuk tahun 2012)=)

Pernahkah kita merenung kembali usaha kita sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini? Pernahkah kita giat berusaha yang terbaik seperti mana kita giat berusaha dalam pertandingan yang pernah kita sertai? Berusaha sehabis mungkin dengan ganjaran mata amal soleh sebagai bekal untuk dinilai oleh Allah SWT nanti.Bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat pertama pada pandangan Allah SWT.Bersungguh-sungguh untuk mendapat hadiah syurga yang sangat-sangat hebat di akhirat nanti.Apakah kita tidak cuba untuk memikirkan semua ini?Sedangkan masa untuk menuju semua itu sedang berjalan,dari masa  ke masa,dan semakin hampir ke waktu penamatnya.

Dan andai waktu penamat itu kian tiba atau telah tiba, bolehkah kita bayangkan bagaimana pengakhirannya? Detik-detik terakhir hidup yang bagaimana kita mahukan? Adakah kita pernah mengimpikan pengakhiran yang cukup menenangkan sepertimana puasnya hati kita bila kita berjaya menyelesaikan cabaran sesebuah pertandingan?Dan malah sudah semestinya lebih dan sangat puas lagi dari itu kerana ini adalah pertandingan kehidupan sebagai hamba dan khalifahNya.Ketenangan yang lahir kerana kita sudah buat yang terbaik untuk menjadi sebenar-benar hambaNya dan khalifahNya dalam menghadapi cabaran kehidupan dunia ini.Yang kita harapkan pada waktu itu adalah hanya ingin bertemu Allah yang Maha Tinggi.Yang kita harapkan pada waktu itu adalah keinginan untuk mempersembahkan amal yang terbaik untuk dinilai di hadapanNya nanti.Bolehkah kita bayang perasaan kita di saat itu?Subhanallah.Sesungguhnya hanya Dia yang tahu akan hebatnya perasaan itu.

Atau kita ingin biarkan akhirnya cabaran kehidupan ini dengan penyesalan?Kekecewaan?Berasa kesal kerana kita tidak bersungguh-sungguh dan benar-benar beramal soleh sewaktu di dunia ini seperti mana kecewanya kita ketika gagal dalam menyelesaikan cabaran sesebuah pertandingan.Dan malah sudah semestinya lebih dan sangat kesal lagi dari itu kerana ini adalah pertandingan kehidupan sebagai hamba dan khalifahNya.Saat itu segala usaha kita selama ini mula kita ingat kembali. Saat itu juga kita menyesal kerana lalai dengan pertemuan denganNya.Saat itu juga kita menyesal dan mengeluh akan amal kita yang sangat sedikit untuk kita persembahkan kepada Allah nanti.Saat itu juga kita kecewa kerana kita telah mensia-siakan hidup kita.Sungguh, betapa sangat menyesal dan kecewanya kita nanti jika ini yang terjadi .Wa nauzubillahi min zalik. Namun,itulah yang difirmankan oleh  Allah SWT dalam Surah Al-An`am,ayat 31:
“Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah,sehingga apabila kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba,mereka berkata,  ”Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu,” sambil mereke memikul dosa-sosa di atas punggungnya.Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.”
Oleh itu, mari kita melihat kembali tentang apa yang telah kita berbuat selama ini.Apakah kita benar-benar beramal dengan sewajar sebagai seorang hamba dan khalifah atau sebaliknya. Mari kita memperbetulkan kembali pandangan kita tentang kehidupan ini  kerana ia  merupakan sebuah pertandingan hidup dan mati. Mari kita melatih diri untuk lebih mengingati mati dan berbuat yang terbaik demi menghadapi datangnya kiamat nanti agar kita benar-benar bersedia apabila tiba waktunya.
Jika sebelum ini kita lupa untuk beramal,mulakanlah dengan segera.Jika sebelum ini kita tidak bersungguh-sungguh dalam beramal, maka mulalah menitikberatkannya.Jika sebelum ini  kita sudah beramal, maka pastikanlah keikhlasan dalam melaksanakannya.Agar semua itu nanti menjadi pemberat kebaikan kita ketika dinilai di akhirat nanti.Semoga amalkebaikan yang cuba kita laksanakan nanti bakal menjadikan kita tergolong dalam golongan jiwa-jiwa yang tenang di sana nanti.Jadi, mari bekerja,berusaha, dan beramal dengan semahu-mahunya dalam pertandingan besar ini demi mendapatkan sebuah hadiah hebat yang bernama syurga dari Allah SWT.Insyaallah=)
“  Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhaiNya.Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu.Dan msuklah ke dalam syurgaKu”(Al-Fajr:27-30)
Wallahualam.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
-12 Safar 1433H-

No comments:

Post a Comment